Musim Junior MasterChef Australia

Musim 1

Penerbitan versi kanak-kanak ini asalnya dicadangkan pada Oktober 2009. Siri pertamanya menampilkan peserta semuda 8 hingga 12 tahun dan dirakamkan selepas siri kedua MasterChef Australia. Isabella Bliss yang berusia 12 tahun memenangi Junior MasterChef buat julung kalinya.

Musim 2

Junior MasterChef diperbaharui pada 15 November 2010 akibat sambutan yang kuat lalu kembali untuk musim kedua pada 2011. Penggambaran bermula pada 28 Julai 2011 untuk tayangan bermula Oktober 2011. Greta Yaxley berusia 11 tahun dari Australia barat memenangi Junior MasterChef bagi tahun 2011.